♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Monday, February 7, 2011

Korang pernah hilang kawan?

Assalamualaikum

Aku pernah hilang kawan. Tapi itu dululah. Dulu zaman kecik-kecik.Zaman kanak-kanak ribena lagi. Masa tu aku darjah lima. Aku ada seorang kawan ni, cukuplah sekadar aku gelarkan dia F. Kami sangat-sangat kamcing. Aku dah kawan dengan dia sejak darjah empat lagi. Selalunya kami jumpa dekat sekolah agama je, sebab sekolah kebangsaan kami berlainan sekolah.


Kami memang sangat rapat. Nak pergi rehat dengan F, nak pergi solat asar dengan F.Lagi-lagi pulak tu kami sekelas.Tiba-tiba aku rasa F macam makin lama, makin nak jauhkan diri dia dengan aku. Nak pergi rehat kat kantin dia tak ajak aku, nak pergi solat dia tak ajak aku jugak.Dia pergi dengan orang lain. Dan yang paing-paling ketara bila F kurang bercakap dengan aku. Aku dengan F ni duduk sebelah menyebelah je dalam kelas. Dah tentu-tentu aku sangat-sangat perasan perubahan sikap F terhadap aku.


Dan sampai satu hari, F suruh aku duduk tempat lain. Aku pon redha je duduk kat meja lain. Dah tak duduk sebelah menyebelah. Aku pelik.Aku pon tulis surat sebab tak berani nak tanya dia depan2, kenape F tak nak kawan dengan aku dah. Korang nak tahu ape jawapan F???Jawapan dye F:

F tak suka temankan awak pergi tandas sebelum pergi surau untuk solat Asar.

Nampak tak macam mana kanak-kanak berkawan? Tidak ada kematangan di situ. So daripada cerita ni, pengajaran yang dapat kat sini ialah, jangan disebabkan benda-benda kecil,kesilapan-kesilapan kecil kita bergaduh dengan kawan-kawan kita. Sayangilah kawan-kawang korang. Kalau dia ada buat silap, tegurlah dia, bukan buang dia dari jadi senarai kawan kita.


Tetiba rasa nak hug semua kawan-kawan aku. Perempuan je eh. Rinduuuuu...


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


6 Sarang ♥:

Abang Jonni said...

huhuhu.... biasala tu....

kawan2 ni ... datang dan pergi.... camtulah....

Hazari. said...

kalau macam tu die cakap, senang lagi. straight je. lagi teruk kalau hipokrit pulak.

anizsDANbintang... said...

dlm persahabatan, perkara yg paling mengecewakan adalah kawan dtg dan pergi...

manusia berubah mengikut laluan =)

odah + one = odahone said...

kawan ramai tapi nak cari sahabat yg snggup ssh sng tu yg susah...

echah mashuri said...

tibe2 rindu jugak kat kawan2 ecah.ehehe.:)

Nadia said...

Syarq, i hope i takkan kehilangan kawan2 yg baik mcm u, Zira, Dila, Izzah

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2