♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, February 6, 2011

Mabuk



Assalamualaikum

Ini bukan cerita pasal mabuk todi, atau mabuk arak, atau mabuk cinta. Tapi cita pasal mabuk atau pening atau loya bila naik kenderaan. Tak kisah lah kereta ke, kapal terbang ke, boat ke, kapal ke, feri ke, keretapi ke,bas ke,basikal ke, motosikal ke? Eh eh eh..ade ke orang pening kepala sebab naik basikal or motor??? Tak rock ah kalau macam tu. Smiley


Aku ni memang cepat pening kalau naik kenderaan. Bile naik kereta, kalau aku jadi pemandu tak ape.Tak de hal aku nak bawak gaya pemandu F1 ke tak hapee....Tak ada masalah. Ni kalau aku naik kereta orang lain yang pandu. Huuuuuuuuu...pening kepala tu toksah cakaplah..Memang pening tapi paling tak tahan kalau loya.Hah... Loya kalahkan ibu mengandung.Bertambah parah lagi kalau jalan jem yang lame. Melepek aku kat situ.


Pernah sekali tu, aku ikut room mate aku, Jimah balik Batu Pahat.Teringin nak naik bas dua tingkat. Memang dapat. Yeay!!Pergi Batu Pahat naik bas dua tingkat.Dapat pulak duduk kat seat paling belakang sekali. Sekaliiiiiiiiiiiiiii....Hambik dari mula perjalanan kat KL sampai kat Batu Pahat, aku tak bercakap sepatah pon dengan Jimah. Kalau aku bercakap memang terburailah semua isi perut keluar kat dalam bas tu jugak karang. Kejung muka aku tambah-tambah pulak perut rasa sakit nak buang air besar. Taubat aku tak nak naik bas dua tingkat dah.


Paling teruk aku kene loya-loya naik kenderaan ni masa naik banana boat dekat PD tahun lepas. Lepas dah merasa banana boat terbalik kat tengah2 laut beberapa kali sampai rasa macam aku ni nak bunuh diri sendiri, lepas tu kami nak pergi snorkeling naik banana boat, best tak best tak?? :D Huiiii.... Sampai kat tempat tempat snorkeling, kepala aku dah meragam. Ingat nak bagi kepala ni lega dulu aku tak turun masuk air, duduk lah atas boat rehat-rehat ambik nafas. Hampeh. Lagi bertambah-tambah loya ade lah. Tak terkira lah berapa kali aku uwek uwek kat situ. Kesian siapa yang duk snorkeling kat situ. Tak nampak ikan, nampak ayam, Lembu dan itik berenang-renang dalam laut. Smiley

Aku pelik bila ada orang yang memang boleh tahan. Bila naik kereta,boleh pulak sambil tu dia membaca surat khabar masa kereta bergerak.Langsung tak rasa pening. Ada tu pulak, boleh online guna laptop dalam kereta. Hui. Salute lah mereka-mereka ni. Ke mereka ade guna ape-ape petua? Bagi sikit petua kat aku mari.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


11 Sarang ♥:

black paper said...

haha,,
mmg kaki mabuk time naik kenderaan,,
just like my cousin,,
she will puke in the car,evry long trip,,haha,,

mekchu said...

hehe... sama ngan bibik.. tak bileh jalan jauh... kejap2 blueeekkkkk... adoi.... tp mekchu tak boleh baca dlm kenderaan bergerak.. itu dari dulu pun tak boleh...

JIJI YU said...

katenye baba aku..kalo mabuk naek kenderaan..bawak liamu ke..aer liamu ke..tak pon cokolat angin

Abang Jonni said...

sama je cam aku.... huhuhu...

cepat pening2...

farasakura said...

hehe seriously nice la blog :)

s.y.a.r.q said...

@black paper
hehe..actually, i'm not that bad. It's depends on how the driver drive the car..

s.y.a.r.q said...

@mekchu
syarq pulak kalau orang suruh cari barang masa kereta bergerak pon pening, apentah lagi membaca

s.y.a.r.q said...

@JIJI YU
liamu??apekah itu??ade kah limau??? :P

s.y.a.r.q said...

@Abang Jonni
sep abg joni!! :P

s.y.a.r.q said...

@farasakura
thanx darling..ur blog was nicer than mine!! :)

Amira Naddia said...

mabok sbb pregnant...?
haa tu yg paling best kot! ^^

lau mabok mkn asm dgn limau! dap!

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2