♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Wednesday, February 16, 2011

Wǒ jiào Syarq

Assalamualaikum

Zaoshang hao. Ni hao ma?

Eh eh eh.Korang tak silap masuk belog ye. Ni masih blog Syarq yang comot. Cume hari ni aura nak cakap bahasa mandarin tu datang. Al maklum lah, aku dapat tawaran berlakon drama mandarin. Eh eh eh. Bukan-bukan. Sebenarnya aku dapat tawaran jawatan kosong sebagai penari tarian Cina. Ye!!! Sila percaya kalau tak aku tumbuk!! Smiley Ape sengih-sengih hah? Tak percaya lagi?? Ohhhh... Meh aku tunjuk bukti.

Korang nampak amoi pakai cheongsam pink tu? Hakhakhaktuih!! Berangan nak jadi amoi, padahal kulit hitam. Gambar ni masa hari graduasi tadika aku. Cikgu bagi aku menari tarian kuda kepang sebenarnya. Tapi aku masuk tarian kuda kepang sekejapan je, tak sampai 1 jam aku cakap kat cikgu tak nak kuda kepang, nak tarian Cina, tarian cina, tarian Cina jugak. Cikgu pon terpaksa mengalah. Hahaha. Padahal, aku takde bakat nak menari tarian Kuda kepang. Al-maklumla, tangan ni tak bedung masa kecik-kecik dulu.


Masa buat persembahan, mak aku kata, aku siap mengira masa menari tu. 1, 2, 3, 4, dan lagi 1, 2, 3, 4, sekali lagi 1 , 2, 3, 4. Aku bukannya apa. Bukan baru nak belajar mengira masa tu. Tapi nak pastikan step betul, sama dengan orang lain. Kalau aku sorang je step lain, tak ke akan jatuhkan bulu hidung maruah aku sebagai seorang kanak-kanak yang comel. Uhukhukhukhuk.


Kenyit mata laju2. TQ Smiley


2 Sarang ♥:

. said...

comel hehehe

azzey said...

Ni hao ma tu maknanya apa khabar kan?

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2