♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Tuesday, February 15, 2011

Mereka suka bebel

Assalamualaikum


Kaum perempuan selalu dikaitkan dengan membebel kan? Asal membebel je perempuan. Asal perempuan je membebel. Lelaki sangat jarang. Lelaki lebih suka diamkan diri bila marah. Macam ayah aku sendiri dia tak pernah membebel. Tapi sekali kalau dia dah marah dan berkata-kata memang kata-kata dia tersangatlah pedas bagaikan makan cili padi satu mangkuk.


Selalunya ibu-ibu yang membebel ni bukan dia bebel sebab suka-suka, atau sebab untuk mengisi masa lapang. Tak tak tak. Tapi bebelan ibu-ibu berupa nasihat dan bebelan nya adalah point-point yang berguna, dan bile terkena satu dua point kat batang hidung sendiri, barulah anak-anak sedar yang bebelan ibu nya itu membawa kepada kebaikan.


Tapi wahai kawan-kawan sekalian, membebel bukan saja memberi kebaikan kepada mangsa bebelan tapi memberi kebaikan juga kepada Si Pembebel. Kenapa? Ha ha ha. Ini apa yang Syarq rasa:


Pertama : Bila membebel, mestilah menggunakan mulut. Jadi bila membebel, mesti lah melibatkan pergerakan mulut yang banyak. Jadi, secara tak langsung, Si Pembebel dah melakukan senaman untuk mulut nya. Kalau mulut kita tak banyak bergerak, mesti rase macam tegang. Mulut rasa ketat.Pernah tak korang rasa macam tu?


Kedua: Dengan membebel, secara tak langsung, kita telah menambahkan skill percakapan kita untuk berinteraksi dengan orang lain. Jadi, mesti banyak-banyak point yang kite keluarkan untuk meyakinkan mangsa bebel untuk mendengar dan percaya dengan bebelan kita. Skill ni jugak boleh digunakan semasa pertandingan Pidato dan Syarahan. Dan adalah lebih baik lagi, kalau kita membebel menggunakan bahasa selain bahasa harian kita seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Nepal? Dengan itu, kita akan lebih fasih menggunakan sesuatu bahasa. Smiley


Ketiga: Membebel sambil masak akan membuat masakan kita lebih sedap. Kenapa???? Ini adalah kerana termasuknya perisa tambahan ke dalam masakan kita iaitu air liur. Apabila kita membebel, secara langsung, air liur-liur akan terpercik-percik kedalam masakan kita. Atau, kalau membebel dengan lebih hebat lagi, air liur menyembur dalam masakan kita lagi-lagi apabila masak mee kari, atau gulai lemak cili api, atau sup ayam, tak perlu tambah air, sebab air asli daripada air liur kita sudah memadai.Smiley



Nasihat disini, membebel lah anda dengan berkhemah kerana membebel memberi banyak kebaikan kepada masyarakat.

P/s: Ada jugak lelaki suka membebel seperti lelaki ini. Tapi ape-ape pon, sayang dia sampai lebam.



Kenyit mata laju2. TQ Smiley


4 Sarang ♥:

Firdaus Kasim said...

x setuju dgn point no 1.. npe org buat tangan muncung sbg simbol membebel??? hehe!! awk, jom tukar link bloglist atau banner nk??? reply taw

s.y.a.r.q said...

@Firdaus Kasim

itu sebagai simbol je...cube bygkan mcm mane nak membebel kalau mulut dimuncungkan?? bukan ke susah...hahaha :p

banner saye xde la wak.kalau nak tukar link bloglist jom lah

kindergartenlibrary said...

hehe .membebel ?
tak suka betul
tapi , Nelly jenis membebel kot .=D

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

haaha...bebel tu ko dengar buat versi lagu..conpem ko x de bernanah telinge dengor kan..aku kalo org bebel buat derk jer..jap g lenguh diam r tuh...

Kalo free meh ler singgah my blog....klik je link ini --> mummylovers blog

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2