♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Wednesday, February 9, 2011

Gigi palsu mak ni ko amik ye nak


Assalamualaikum


Hari ni aku dapat belajar sesuatu dari seorang Ustaz iaitu pasal Hibah. Sebelum ni aku tak pernah dengar pasal hibah ni. Selalunya dengar pasal Faraid dan Wasiat. Ape maksud Hibah?

Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiann tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.


Hibah ni berbeza dengan wasiat. Hibah perlukan Ijab dan Qabul. Manakala wasiat pulak tak perlu ijab dan qabul. Wasiat hanya perlu ditulis. Sebagai contoh untuk Hibah:

Makcik Esah : Yati, mak hibah kan semua gelang emas mak ni dekat ko ye nak kalau mak meninggal nanti. (Ijab)

Yati: Yelah mak... Yati terima. Terima Kasih mak. I ♥ U mak..Muah2.Smiley Dan2 sayang mak eh. :p (Qabul)


Harta-harta yang kecil atau pon yang remeh temeh sepatutnya perlu jugak di hibah kan supaya tak ada pergaduhan antara adik-beradik, saudara mara. Contohnya:

Pak Mat Tempe : Ahmad, bapak hibah kan kat ko Gigi palsu bapak ni ye. (Ijab)

Ahmad : Baiklah Pak. Ahmad terima. Gigi Palsu pon gigi palsu lah.. (Qabul)

Tapi ingat, hibah hanya sah semasa pemberi harta tu dalam keadaan yang sihat, bukan dalam keadaan sakit yang boleh membawa kepada kematian.



Kenyit mata laju2. TQ Smiley


6 Sarang ♥:

suffer8zine said...

adess gigi palsu

Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur

dyah16 ! said...

hoyeah! gigi palsu pun bole. haha.

:)

hazari. said...

kalau dalam keadaan sakit, kire wasiat lah ?

s.y.a.r.q said...

@suffer8zine
ha ha ha

s.y.a.r.q said...

@dyah pinky!
boleh je...

s.y.a.r.q said...

@Hazari.
hazari.yup..kalau dlm keadaan sakit yg tenat boleh membawa kpd mati org tulis wasiat...hibah tak boleh..

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2