♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Sunday, January 30, 2011

Bile bertutur, mulut kena jaga


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Hari ni sambil menikmati hidangan makan tengah hari, mi rebus bersama mama yang disayangi, terkeluar satu topik yang membuatkan aku berfikir semula. Topiknya kenapa kadang-kadang apa yang kita cita-citakan, apa yang kita tunggu-tunggukan, apa yang kita hajati kita tak dapat. Macam menunggu buah yang tak jatuh-jatuh.


Setelah merenung-renung balik, semuanya salah diri kita sendiri. Dan yang paling penting sebab perbuatan kita sendiri iaitu percakapan kita. Percakapan dari mulut kita sendiri. Mulut kita yang tidak berjaga-jaga untuk berkata sesuatu perkara.


Sebagai contohnya, kalau kita tak suka dengan seseorang disebabkan oleh perangai dia, ataupon perbuatan dia, walau sebanyak mana pon kita tak suka dia, kita tak boleh memburuk-burukkan dia depan orang lain. Biarlah cukup sekadar kita sahaja yang tahu pasal perbuatan buruk dia tu. Kita juga jangan mengeji orang yang kita tak suka tu. Sebab nanti jadi sebaliknya, orang lain pula yang mengeji kita. Tindakan yang paling baik, kita perlu cermin kekurangan diri kita dulu sebelum berkata pasal perangai buruk orang lain.


Kedua,bercakap besar juga membawa padah kepada kita. Walaupon kita dah berjaya, berpangkat besar, kaya-raya, berpendidikan tinggi kita tak boleh hina orang lain, kita tak boleh bongkak dengan apa yang kita ada, kita tak boleh riak. Apa entah lagi memandang rendah dengan orang lain. Sebab takot, segala yang kita ada akan ditarik balik. Manusia sangat memerlukan sesama dengan manusia lain.


Betol lah kata-kata ini, "Diam lebih baik dari terlampau banyak berkata-kata". Berkata-kata dengan sederhana sudah memadai. Ape-ape benda yang kita buat,kita pakai, semua nya sederhana.


Ok.Syarq bukan lah nak jadi ustazah dekat sini. Sebab aku sendiri pon banyak kekurangan. Aku pon sedar diri sebab aku pon banyak bersalah semasa bercakap.Sebab aku sendiri pon mengalami macam-macam kesulitan juga. Segala kesulitan tu segala-galanya kerana Allah nak mengingatkan kita, nak menyedarkan kita dan yang paling penting sebab Allah sayang pada hamba Nya.

Sekian.


8 Sarang ♥:

Unknown said...

aku abru sedar yang ko ni dah taraf kakak dah kalo nak dbandingkan dgn aku.soli moli kakakku.ehehekalo terkasar bahase..eheh

Nadhirah AR said...

yeah betul tu . org cakap , kalau kita takde benda berpekdah nak cakap , sebaiknya diam je . tapi benda tak berpekdah gak org suka cakap . ish3 .

s.y.a.r.q said...

@JIJI YU
ha ha ha.... tak de pape salah pon ko adik :p

s.y.a.r.q said...

@Nadhirah-chan
tu la pasal.bile dah tak pekdah tu,.,,termengumpat org pulak ...ades

ankeljonni said...

yup... aku selalu gak terlepas ckp.. nak tarik balik tak boleh kan....


jadi ckp sori je.... huhuhu...

black paper said...

stuju ;)

mie said...

betul tu..
bahaya juga kalo terlepas cakap..
heheheee

lina said...

Tengok tajuk pun sgt suka...ye mulut kena jaga bila kita nak berkata2 :) good n3

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2