♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Thursday, January 27, 2011

Macam Mana Kamu Tidur???




















P
ernah tak masa kecik-kecik dulu mak bapak korang cakap pasal mentadak mentadu atau dalam bahasa inggeris dipanggil mantis boleh bagitahu macam mana gaya kita tidur?

"Mentadak mentadu, tunjuk kan gaya Syarq tido..."

Nanti mentadak mentadu pon tunjuk gaya korang tido..
Gaya kuak kupu-kupu ke, kuak lentang ke, menonggeng ke...
Smiley
Korang pernah cuba tak tanya kat mentadak mentadu tu??
Aku sendiri tak pernah cuba.Betol atau tidak, aku pon tak tahu. Orang tua-tua dulu punya cerita.

Gaya atau cara korang tidur pon ada maknanya yang tersendiri. Tapi tak boleh percaya 100% pon. Ini saja untuk suka-suka. Jom Kita tengok.


Tidur terlentang dengan kedua-dua tapak tangan dibelakang kepala

  • Seorang yang sangat pintar
  • Sentiasa bersemangat untuk belajar
  • Selalu memberi idea yang bernas dan unik yang mungkin orang lain tak terfikir.
  • Keluarga adalah sangat penting bagi kamu
  • Sukar untuk bercinta sebab terlalu memilih

Selubung seluruh badan dengan selimut

  • Selalu nak nampak macho depan orang ramai tapi yang sebenarnya pemalu lah yang teramat
  • suke pendam perasaan dan simpan masalah.Tak suka berkongsi masalah dengan orang.
  • Selalu meracau/mengigau sewaktu tidur

Justify FullTidur dengan kedua-dua tangan dibelakang kepala dan kaki bersilang

  • Terlalu mementingkan perasaan sendiri
  • sukar menerima perubahan dalam diri
  • lebih gemar bersendiri

Tidur meringkuk

  • Selalu berasa sunyi dan kecewa.
  • Masa silam sering menghantui kamu
  • Selalu teragak-agak untuk bercinta


Tidur mengiring dan meringkuk

  • Pentingkan diri sendiri
  • Cemburu
  • Pendendam
  • Orang sekeliling tak boleh sakit kan hati kamu sebab takot kamu meradang atau marah


Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

  • Cerewet
  • Selalu mengkritik dan merungut
  • Gemuruh
  • Cepat bosan
  • Terlebih ghairah untuk but sesuatu perkara yang kecil


Tidur mengiring beralaskan lengan tangan di kepala
  • Berani
  • Bersopan santun
  • Jujur
  • Penyanyang
  • Sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri


Tidur meringkuk dalam satu arah
  • Melihat kejayaan dalam setiap yang kamu lakukan
  • Sentiasa berusaha untuk merealisasikan impian
  • Individu yang tidur mengiring pada arah kanan dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan mempunyai masa depan yang cerah.

Tidur Terlentang dengan kaki sedikit mendepa

  • Cintakan kebebasan, keselesaan, kecantikan
  • pemboros
  • Penyibuk dan gemar bergosip

Tidur meniarap

  • Berfikiran agak sempit
  • Suke memaksa orang lain untuk memenuhi impian kamu
  • Seorang yang lalai dan tidak teratur



Mana satu cara korang tidur?? Ada tak betul nye???
He he he.


Sumber: 1001 Rahsia Diri





1 Sarang ♥:

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2