♥s.U.k.e M.e.r.e.K.a♥

Thursday, February 24, 2011

Pesanan Doktor Gigi



Assalamualaikum

Uhukhukhuk. Aku baru je balik dari dating dengan doktor gigi. Phew..Nasib baik doktor tu seorang wanita. Kalau lelaki, malu-malu kucing aku dia tengok gigi aku yang banyak problem ni. Problemnye,gusi berdarah seperti yang aku pernah beritahu kat korang dulu. Klik sini.


Padahal benda ni dah lama jadi, baru aku terhegeh-hegeh nak jumpa doktor gigi. Iyelah.dah tak selesa sangat bile bangun dari tidur pagi-pagi tengok gigi berdarah.Geli pon ada gak.


Duduk je kat kerusi klinik gigi tu, doktor suruh aku nganga mulut, bermula lah doktor tu memberi komen yang berbagai-bagai. Aku nak cakap pon tak boleh. Iyekan sajalah dalam hati. Kalau aku bercakap kang luka mulut aku kene mesin scalling tu. Terkoyak mulut karang lagi susah. Gusi aku sangat-sangat tak sihat doktor kata. Sebab tu lah gusi selalu berdarah.


Oklah,tak nak lah bebel banyak-banyak sangat. Tapi ini antara pesanan doktor untuk gusi yang lebih sihat.

Pertama: Berus gigi dengan cara yang betul, dimana berus dari gusi ke gigi, 2 kali sehari



Steps untuk berus gigi


Kedua : Buat Flossing setiap hari.Sehari sekali

1 kali sebelum tidur (malam)

Flossing

Steps untuk flossing

Ketiga : Berkumur-kumur dengan mouthwash 2 kali sehari

1 kali selepas bangun dari tidur( pagi)
1 kali sebelum tidur (malam)

Mouthwash

Pesanan dari doktor gigi lagi, kalau gusi tak sihat, gigi tak kuat akan cepat tercabut, atau luruh. Takot, umur baru 40 tahun gigi dah banyak tak ada. Siapa yang gusi berdarah macam aku, jom ler kita jaga gusi kita baik-baik. Siapa yang tiada masalah dengan gusi atau gigi, teruskan penjagaan gigi korang tu. Jangan dah tua baru nak jaga gigi. Dah terlambat.

Kenyit mata laju2. TQ Smiley



3 Sarang ♥:

hazari. said...

berus gigi 2 kali sehari ? sekali sehari pon.. entah. hahaha.

. said...

terima kasih doktor!! :P

apdm said...

salam..

samalah gigi kita ni,,,asik tak sihat je..

Post a Comment

Sile komen..Jangan Malu2, Jangan Segan2